
hari ni saya ingin berkongsi pengalaman saya membuat kek bentuk buku daripada fondant...bila saya mendapat oder dari adik kandung saya untuk kek hantaran adik iparnya....kami berbincang bentuk kek yg dicita...oleh kerana pengantin perempuannya masih lagi belajar dan baru berumur 19 tahun akhirnya saya mencadangkan kek bentuk buku untuk menampakkan ciri2 pelajar tu....adik saya pun bersetuju....tapi dalam hati saya nak buat kek buku yang terbuka kerana itu saya pernah buat dulu walaupun agak kurang kemas masa tu....dan nak gunakan buttercream aje....adik saya minta di letak dalam kotak hantaran berhias...tapi saiznya yang saya cadang 17x 13 papannya....so susah nak dpt saiz tu....adik saya pun suruh kecilkan saiz buku...oleh kerana saya tak ada loyang 4 segi tepat yang lebih kecil maka terfikir nak buat buku tertutup pula....masalah saya sekarang...saya tak tahu macaman nak aising kek buku tertutup gitu supaya nampak kemas dan cantik....mula la terfikir nak gunakan fondant....sedangkan saya tak ada asas langsung dan tak pernah gi kelas fondant pun walaupun keinginan tu ada cuma selalunya masa kelas tak kena dengan kelapangan saya....
Lama juga saya duk mengadap intenet mencari2 di blog orang lain dan di Youtube juga....setakat yang saya jumpa tak ada yang detil menerangkan cara membuat kek buku fondant ni....dan pada masa yang sama PC saya menghadapi masalah internet...so saya mengambil keputusan membawa masalah ni utk dibincangkan di dalam group fb saya iaitu Pencinta Kek....alhamdulillah dengan sikap mereka yang mudah membantu akhirnya saya kuatkan semangat utk meneruskan niat saya membuat kek buku fondant ini...bila dah siap dan menjadi seadanya ini maka saya ingin berkongsi dengan rakan2 lain supaya sumbangan saya yang sedikit ni dapat membantu mereka yang bermasalah seperti saya...
Minta maaf kerana tak dapat tunjukkan cara dari awal kerana terlupa nak ambil gambar kek siap diaising dengan buttercream (BC)...so sebelum itu kita ada sebiji kek 4 segi tepat ukuran 10 x 7 siap disalut dgn BC...kemudian kita buat fondant utk mukasurat buku sisi dahulu...
garis2kan fondant ini supaya kelihatan seperti mukasurat buku sebenar...
potong kepingan fondant mengikut saiz sisi mukasurat buku kek ini...
sekarang setelah dapat saiz yang tepat maka boleh lah dilekatkan pada kek..seperti di gambar atas..
fondant selebihnya boleh diwarnakan mengikut tema kita....yang saya buat ni biru muda...
buatkan kepingan fondat utk kulit buku di bahagian belakang dulu sebab saya punya fondant yang terhad so...kena buat sedikit2....mungkin cara saya ni kurang tetap tapi ini lah yang saya mampu setakat ni...
Kemudian buatkan yang lebih besar untuk kulit buku sepenuhnya....
buatkan jalur memanjang utk dihias di bahagian bawah konon2 kulit buku bawah yang ternampak sedikit....
Setakat ni dah siap buku tu...skg saya nak menghias ala kadar buku kek saya ni...saya letak gula2 manik utk bentuk garaisan di kulit buku...
hiasi sikit dgn bunga2 kecil ...tak nak padat sangat...
kemudian saya gunakan fondant berbaki buatkan reben ...konon2nya buku2 ada penanda reben...
sekarang cara2 nak letak huruf2 di tepi buku...tekap huruf2 dulu kemudian susun seperti di gambar supaya kedudukan huruf tu seimbang...
utk huruf2 tu sekata maka tandakan dengan buku lain sebagai panduan melekatkan huruf2 tu dengan air biasa aje..tapi sebelum tu saya letakan gula2 kristal di huruf2 tersebut...
gini lah hasilnya...
Hasil buku kek hantaran ku...walaupun banyak kekurangannya tapi tak mengapa lah kerana ini adalah percubaan pertamaku....dan semua kekurangan dan kelemahan ku akan dijadikan panduan di masa hadapan...terima kasih sesangat kepada kawan2 ku yang membantu memberi idea, panduan, doa juga semangat kepada ku menyiapkan kek ini walaupun kami tak pernah bersua muka.....sayang anda semua...